Ya Rabbi….Inilah jalan hidup ku…


Kisah benar yang diolah sedikit sahaja oleh saya….

Selamat Mengembara Dalam Diari Sang Pengembara Di Jalan-MU…

Sebagai seorang remaja aku tidak terlepas daripada dugaan iman.Taktala diri merasakan sunyi dan sepi hati  mula meronta menginginkan seseorang teman di sisi sebagai penghibur dan tempat berkongsi kisah suka dan duka bersama.’Teman’ yang boleh dicurahkan kasih dan sayang dan melayari bahtera hidup bersama…Itulah yang dirasakan oleh aku ini kala ini.

Setelah kian lama bergelar mahasiswa dan aku begitu aktif dalam aktiviti usrah dan dakwah.Selari dengan tuntutan Islam kepada umatnya iaitu sentiasalah kita berada di jalan dakwah .Bukan sahaja berdakwah kepada orang lain bahkan berdakwah kepada diri kita sendiri.

Hari-hari yang dilalui dirasakan bagai tiada perbezaannya.Belajar.belajar, exam,exam…..tidak dilupakan juga pengisian jiwa baginya..USRAH..

Masa yang begitu pantas berlalu tanda hilangnya keberkatan masa kurniaan Allah.Ini akibat daripada dosa hamba itu sendiri yang sentiasa leka dan lalai dengan nikmat masa yang dikurniakan olehNYA.Ini juga merupakan petanda awal Hari Kiamat.Sedarlah wahai saudaraku !!!!! Sedarlah wahai bangsaku !!!!!

Dalam diriku ini, dakwah sudah menjadi darah daging baginya walaupun bukan mudah dakwah yang dilakukan dapat diterima oleh masyarakat dan mahasiswa universiti khususnya.Masing-masing mempunyai pandangan sendiri, tetapi kadangkala pandangan yang diberikan itu sedihnya jauh daripada syariat Islam yang telah disusun cantik dan molek oleh Sang Pencipta.Semuanya berdasarkan logik akal semata-mata….

Tetapi aku dengan cara dan pendekatan yang berbeza hasil acuan sendiri meneruskan juga perjuanganku.Dan alhamdullilah ada kejayaan yang walaupun sedikit tetapi memberi semangat kepadaku untuk terus berjuang dengan cara sendiri…Bukan mudah untuk bergelar seorang Da’ie tetapi itu bukanlah batu penghalang yang besar buatnya untuk mengaku kalah.Biarlah kita mengengam Islam seperti bara api.Selagi akal masih di kepala menghirup ketenangan hidup, Selagi itulah akan ku teruskan perjuangan ini…

“Aku ingin menjadi Mujahidah Solehah dan perjuanganku masih terlalu panjang…selagi nyawa masih di jasad akan ku teruskan pengembaraan ini”, inilah ungkapan yang selalu aku lafazkan taktala merasakan diri lemah dan hilang kekuatan sejurus dilanda dengan dugaan demi dugaan.

Dugaan yang datang dari pelbagai sudut……

Dan tiba suatu ketika,di mana bermulalah perkenalan antara aku dengan seorang muslimin yang begitu besar jurang perbezaannya…tidak kira dari segi bahasa,makanan, budaya, mazhab atau cara hidup tetapi menganuti agama ISLAM  yang suci ini.Semuanya bagai tembok yang menghalang penghubungan mereka.Perkenalan ini mula membibitkan perasaan kasih dan cinta.Dan biarlah dirahsiakan bagaimana bermula perkenalan mereka ini…Hanya Allah yang mengetahui segalanya…

Sebagai seorang wanita aku mula memikirkan bahawa aku seharusnya sudah mula memikirkan untuk memiliki teman sehidup dan semati.Walaupun pada hakikatnya dia masih lagi muda dan banyak lagi laluan yang perlu ditempuhinya.Jalannya di hadapan masih menanti untuk di lalui dan ditempuhi.

Bermula di sinilah aku mula berubah…

Berbekalkan iman yang begitu tipis,dia begitu menginginkan agar perkenalan itu berakhir dengan ikatan yang sah.Di dalam melayari alam percintaan ilusi yang diciptanya sendiri, aku merasakan amat bahagia.Atas layanan yang baik dan perhatian yang yang diberikan oleh muslimin itu, dia merasakan amat bahagia sekali.Muslimin ini jika dibuat perkiraan dan penilaian,dia seorang yang mempunyai latar agama yang baik, berpendidikan tinggi,berpengalaman luas, berfikiran jauh,sentiasa ingin membuatkan orang di sekililingnya bahagia dan menjaga adab-adab sebagai seorang mahram kepada sahabat ini.Jika tidak keterlaluan InsyaAllah mereka dapat menjaga segala adab-adab yang telah disyariatkan.

Alhamdullilah tiada perkara yang dilarang dan melampaui batas sepanjang perkenalan mereka.Ingin berjumpa ??? Memang terlalu banyak cabarannya… Ibarat cinta antara benua.Tetapi rasa sayang semakin mendalam walaupun jarang-jarang bertemu sua dan seringkali merasakan berdosa atas perbuatanku ini, malangnya aku kadangkala tewas dengan nafsuku sendiri…

Harapan yang mengunung diberikan di atas perhubungan ini.Tetapi dia redha atas segala kemunkinan di hari muka.Bahkan, muslimin itu selalu mengingati sahabat ini… agar mereka haruslah berserah kepada Allah,hanya Allah yang menentukan pengakhiran hubungan rahsia mereka ini.’Hubungan Rahsia’ … apakah yang tersirat ????? fikir-fikirkanlah….

Setiap malam aku tidak pernah lupa memohon kepada Yang Esa agar diberi petunjuk dan jalan untuk dia mengharungi DUGAAN CINTA HAMBA ini.Hati merintih,air mata mengalir deras,jiwa merasa sengsara kerana bimbang takut-takut kalau Cinta Hamba ini menyebabkan CINTA RABBI semakin berkurang.Tetapi,aku selalu mengingatkan diriku sendiri walau sedalam mana cintaku terhadap muslimin itu tetapi yang pastinya hanya Cinta Rabbi cinta sejatinya..Kerana Cinta Rabbi tidak pernah mengecewakan bahkan sentiasa membahagiakan dan mendamaikan.

Bukanlah kehendakku ingin diuji sebegini, tetapi inilah arca kehidupan yang perlu ditempuhinya sebagai perencah dalam hidupnya.Hari-hari berganti hari, sayang semakin sayang, cinta semakin cinta…dosa bertimbun-timbun…Iman yang sedikit menjadi pendinding yang rapuh..

Jauh di sudut hati , aku ingin keluar dari kepompong maksiat hati ini.Lantaran itu, diri bertafakur menginsafi diri yang jauh terbabas dalam dunia fantasi ciptaan Ilahi.Istiharah dibuat, ilham dan jalan yang diberi seakan-akan menyeru diriku agar bersabar dengan perhubungan mereka dan perlulah sentiasa menjaga segala akhlak-akhlak yang terpuji.Seolah-olah sahabat ini telah diberi kebenaran untuk meneruskan perhubungan mereka.

Adakah ini petanda Allah telah menyerahkan CintaNYA  terhadapku kepada seorang Muslimin yang pasti ada kecewa yang datang ?????

ATAU

Dimanakah Cinta Rabbi terhadap diriku ?????   Adakah Sang  Pencipta Cinta ini sudah tidak mencintaiku ????? Justeru Dia membiarkankan hambaNya mendambakan cinta seorang lelaki ….. ?????

Alhamdullilah. Allah masih memberi kekuatan kepada diriku untuk meneruskan perjuangan dan pengembaraan yang berliku ini…

Dugaan Cinta Hamba banyak  menguji keimanan dan kekuatan rohaniku..

bersambung


Hasil Nukilan,

Pengembara Di Jalan-MU,

‘Penulis yang tidak arif menulis tetapi ingin menulis‘

About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on September 27, 2009, in Luahan Hati. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. noorazizahabusamah

    salam..
    hurmm bestnyer citer ni, sedap tw mcm kuih raya
    sambung cepat tau..hehe
    dlm cter tu sahabt tu nmpak mcm konflik cinta eah..
    tp aq sgt respek sbb dy cpt2 muhasabah diri balik..
    menyedari kesilapan yg lalu..
    smoga sahbat tu istiqamah dlm perjuangannya sbg seorg dai’e…

    “Melangkah itu mudha, namun mencari arah itu terkadang payah,
    Mencari jln itu mudah, namun memahami destinasi itu yg susah.
    Menyusuri susur itu mudah,namun menuju noktah tu pasti mendatangkan lelah.
    Dalam semua ini, menjadi istiqamah plng susah.
    Namun DIA amat faham, bg hambanNya, DIA tdk meminta manusia mejadi terbaik, hanya perlu melakukan yg terbaik, meletakkan sandaran dan kepercayaan penuh kpdNya, lantas nescaya Dia akan menguruskan yg selebihnya, Agar yg terbaik itu milik manusia.
    Moga perjalanan kita sentiasa dlm lindungan Allah….amin

    • musafirjalanan16

      syukurlah…
      sori lmbt reply..
      syukran sahabatku…
      krn sentiasa mmberi sokongan & dorongan
      utk meneruskn perjuanganku ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: