Ya Rabbi.. Inilah jalan hidupku (bhgn 2) …


sambungan daripada bahagian pertama…

Perjuangan mane yang tidak diuji..badai yang datang semakin hari semakin menguji kekuatan iman & ihsan dalam diri sahabat ini.

Lumrah kehidupan seorang manusia untuk merasai dan mengetahui apakah itu gembira,sedih,suka,duka,kecewa,hampa dan no feeling at all….

Alhamdullillah.. bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana sesungguhnya hny Cinta Rabbi cinta sejatiku..Semakin lama aku merasakan amat berdosa,leka dan alpa dengan cinta hamba, kononnya aku amat menyintai si mujahid idamanku,seolah-olah merasakan bahawa mujahid ini tercipta untukk.Mencurahkan rasa cinta dan sayang hanya kepada si mujahid yang tidak pasti sejauh mana keikhlasan dan kejujurannya.

Di saat yang lalu , aku semakin jauh dari Sang Pencinta…hari-hari yang berlalu diwarnai dengan perkara-perkara laghah. Maksiat hati yang kronik dan boleh masuk ICU rasenye…

Aku yang dahulu : seorang yang begitu hebat jiwanya,kuat dan tabah menghadapi rona-rona kehidupan, yang tawaduk kepada Sang Pencipta,hatinya amat membenci kepada maksiat…..

Aku yang kini : begitu lemah dengan cinta hamba, hilang segala kekuatan dan kehebatan diri, hilang punca dan arah, pertemuan dengan Ilahi semakin mengecewakan…..

Bulan berganti bulan, hari berganti hari ,saat yang berlalu begitu pantas meninggalkan aku tanpa berpaling ke belakang walau sekali….

Perkara yang dirasekan begitu ajaib telah berlaku….

Hubunganku dengan si mujahid jika dilihat sekali imbas bagai  tiada masalah dan semuanya berjalan lancar…Rase cintaku terhadap Si Mujahid tidak pernah berubah walaupun terkadang banyak peristiwa yang berlaku antara mereka amat melukai hati aku kerana inilah hakikat Cinta Hamba yang sebenar, tidak lari dari rasa kecewa dan hampa.

Tetapi kini….cinta aku terhadap Si Mujahid

berbeza dengan cinta dahulu; cinta yang penuh dengan kemaksiatan dan kepalsuan….

Kini ..kasih dan sayang terhadap Si Mujahid dirasai  amat suci dan murni… Ini kerana,cintaku terhadap Si Mujahid tidak lain dan tidak bukan hanya kerana ALLAH.Sebenarnya, aku sedar bahawa aku haram bercinta @ bercouple sebelum kahwin..dan aku  juga sedar cintaku ini bukanlah cinta yang diredai Allah….Tahajud menjadi medan berbicara dengan Rabbi,Taubat menjadi mahkamah yang merefleksi dosa-dosa dahulu, Istiharah menjadi lesen untuk meneruskan dan menentukan segala keputusan dan menyelesaikan segala konflik diri.

Sesungguhnya ALLAH amat menyayangi dan mengasihi aku… lantaran itu Allah kembali menjaga aku.Kerana Allah tidak mahu hamba yang disayangiNYA  kecewa dan terluka hatinya kerana cinta hamba…

Inilah sesungguhnya yang dinamakan dengan HIDAYAH ALLAH…..maka kembali bersinarlah Hidayah Allah dalam hatiku…

KINI….

Demi memelihara kesucian cintaku terhadap si mujahid itu…

Aku menyedari bahawa aku harus meninggalkan cinta Si Mujahid…dan cinta suciku hanya untuk yang berhak suatu hari nanti ; kepada Insan yang telah tertulis dicipta untukku…dan akan tiba masanya nanti, bersabarlah wahai hati..

Lantaran itu…

Tiada lagi cinta Si Mujahid dalam diriku…

Aku tidak mahu dipersalahkan menjadi punca fitnah kepada Si Mujahid itu.

Aku ingin Si Mujahid terus berjuang di jalan dakwah dan menunaikan segala tanggungjawab yang lebih besar… tanggungjawab untuk Ad-Deen..

Biarlah Si Mujahid itu sarat dengan cinta Rabbnya daripada cinta terhadapku,CINTA HAMBA…

Hayatilah bait-bait ini…

Wanita yang suci adalah wanita yang dijaga oleh ALLAH…Tidak  sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya   walaupun hatinya.

Kerana Allah amat menyintai dirinya…

Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki ..

Dimana Allah untuk menjaga kita????

Allah seperti melepaskan kita kepada seseorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita…

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki…

Bermakna Allah mahu mengambil kembali kita untuk dijaga-NYA…

Mengapa masih ragu-ragu wahai hati.????

“Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari”

Hargailah di atas kesempatan yang telah Allah berikan…

“Sebesar-besar dosa adalah yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya“, -Imam Al-Ghazali-

“Selamatkan dirimu dari cinta pembawa bencana“

Aku tidak memilihnya selagi akal masih dikepala…Menghirup ketenangan hidup…

Syair Ibn Farid tentang Cinta Terlarang :

‘ Kerana permulaan cinta adalah ketenangan,pertengahannya derita dan kesudahannya jiwa melayang’.


Aku ingin membebaskan diriku daripada belenggu cinta hamba….dan sebenarnya aku amat  merindui diriku yang dahulu….Maka di sinilah perjuanganku untuk Ad-Deen bermula kembali…dan kini bukan lagi aku yang lemah tetapi pengalamanku ini telah mengajar dan mendidik diriku menjadi lebih matang dan bertamadun dalam pemikirannya…

Bermonolog sendiri…..

“....Ah!!!!  sudahlah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba untuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih…. Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan????…tapi kau masih terlalu rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. apabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..Alhamdullilah Rabbi kerana Kau masih mengasihi & menyintaiku…”

Bagai tersedar dari mimpi yang panjang….

Air mata mengalir deras,menginsafi diri….

Bersyukur ke Hadrat Ilahi….

Lahirnya..

Diriku  yang baru(yang diidamkan): seorang pengembara yang semakin matang,berjiwa kental menghadapi pancaroba duniawi,bertambah rasa kehambaan,akhlak yang terpuji dan hebat bicara ilmunya.

Berakhirlah konflik diri seorang seorang mujahidah sejati….

Hasil Nukilan,

Pengembara Di Jalan-MU,

‘Penulis yang tidak arif menulis tetapi ingin menulis‘

p/s: diharap para pembaca boleh memberikan komen2 yang membina bukan membunuh…

About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on October 1, 2009, in Luahan Hati. Bookmark the permalink. 3 Comments.

  1. Hmmm… sama perjalanan saudari dengan saya.. tiada yang lebih indah dan manis selain dpd mencintai Allah. Ikhlaskanlah niat dan hati dalam segala amal perbuatan kita. Hanya keredhaan Allah yg dipohon..

    • setiap perjuangan memerlukan ketabahan…hanya drpNya kita dpt kekuatan semua itu…Allah mengetahui apa yg terbaik utk kita…bergantunglah pada tali yg kukuh…

  2. TENTANG CINTA…….

    Seni Berfikir
    * Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya

    Cinta itu bukanlah segala-galanya.Walaupun ia penting dalam hidup,iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman,barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati.Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.

    * Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan.Tanpa pedoman,cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup,iaitu ISLAM.

    * Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda,cinta juga adalah amanah.Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.

    * Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda,ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda,cinta kepada masyarakat anda,cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai.Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.

    * Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.
    Seni Merasa

    * Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.

    * Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak melampau-lampau.Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati.Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.

    * Jika kecewa bercinta,jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan bersyukurlah kepadaNya.

    Seni Bertindak

    * Jangan mendahului ketentuan.Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta.Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta,barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.

    * Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja.Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya,kerana nikah adalah ikatan cinta.

    * Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya. Mudah-mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.

    * Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang hikmah cinta, malah buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat,kerana ia buta. Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya,tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu berkata, ‘Cinta Itu Buta’ Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah,atau Saidina Ali dan Fatimah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: