Taubat….


Bismillahirahmanirahim….

Semoga Allah yang Maha Mengetahui setiap aib ,kejelikan,kekurangan dan meksiat yang kita lakukan.Ia membantu kita berani mengakuinya, kerana mana ada insan yang selamat melainkan dengan keampuan Allah.

Apabila orang sedih dan menangis berasa betapa banyaknya keburukan diri sendiri dek kesalahan2 ,maka itu lebih utama  jika dibandingkan dengan orang yang berasa sombong dan takbur dengan amal-amalnya.

Allah berfirman di dalam Al-Quran :Surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksd:-

” Sesungguhnya Allah mencintai orang yang banyak  bertaubat dan sentiasa membersihkan diri.”

Dua Landasan Utama Taubat:-

1) Sedar Allah Maha Melihat

2) Sedar bahawa dosa membawa bencana

Tahap Orang Yang Bertaubat:-

1) Taubat orang awam

2) Taubat orang khusus

3) Taubat orang khusus bil khusus

TAUBAT NASUHA

Ciri-ciri Taubat Nasuha:-

1) Menyesal dengan dosa2 yang lalu

2) Meminta keampunan daripada Allah

3) Berazam tidak mengulangi dosa

Ciri-ciri Taubat Yang Diterima:-

Menurut Imam Al-Ghazali  di dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub,dinyatakan beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang itu doterima oleh Allah.

1) Orang itu terlihat lebih bersih dan lebih suci daripada perbuatan maksiat dan lebih berupaya menahan diri.

2) Hatinya selalu tenang dan lapang baik semasa berseorangan atau pun bersama orang lain kerana hatinya sudah dihiburkan oleh Allah sehingga jernih dan tulus.

3) Dia selalu bergaul dengan orang yang baik-baik dan mencari kenalan yang baik-baik.

4) Kualiti amalannya meningkat.

5) Dia sentiasa menjaga lidahnya.

Leave a comment