Hati Yang Bertaut….


Salam

alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan nikmat iman dan islam yang dikurniakan kepada kita…

terlalu lama rasanya tidak menjengah laman nurani ana ni…maybe waktu yang terlalu padat dengan tugas dan tanggungjwab tidak mengizinkan ana menulis di blog nie…

HATI YANG BERTAUT….

Ingin berkongsi tetapi tak tau camne nk sampaikan…

….PEMIMPIN….terlalu berat rasenya tanpa sokongan dari sahabat2, kekuatan yang ana miliki kekadang belum cukup kukuh dan utuh untuk menghadapi mehnah dalam perjuangan, ingin ana bulatkan niat dan  harapan ini hanya pada Allah. Mehnah dalam perjuangan memang sukar untuk dihalangi yang mampu hanya perlu dihadapi, hadapi dgn seribu langkah dan jalan di hadapan.

….HAMBA….hanya hamba biasa, tidaklah hebat, hidup ini sekejap jer, kekadang terfikir bilalah nak berakhir perjalanan ini. Lumrah hidup hamba sentiasa berada di perbatasan yang kadang kala hampir tersungkur dalam perbatasan itu. Letih??? ya, amat letih kadangkala dengan dunia, mengapakah tidak dipermudahkan jalan ini??? Oh, baruku sedar, aku hanya hamba. Seterusnya ada liku dan duri dalam perjalanan ini. Fitrah dalam hidup hamba akan sentiasa diuji, tautan hatiku hanya padaMU Rabbi..InsyaAllah moga kekal taqwa dihati.

….PERAWAN….Sungguh tidakku nafikan betapa sukar dan letih untuk menjaga hati dan naluri. Bahaya memang bahaya, banyakkah titik hitam di hati ini? Diri ini bukanlah seorang yang kuat, jika hatiku bertaut dengan cinta Rabbi sahaja yang mampu menjaga kesucian hati ini. Lumrah, iman itu turun dan naik, itulah hakikat diri hamba. Sabarlah wahai hati dalam perjalanan ini….


Tiada kata yang mampu  mengungkapkan makna sebenar isi hati ini..=(


Wassalam..

About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on July 30, 2010, in Luahan Hati. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: