CASIC-Kepimpinan Membina Legasi..(22-24 Oktober 2010)


Alhamdullillah…pada tarikh ni, ana telah menyertai Kem Kepemimpinan Putra Anjuran Pusat Zakat dan Kebajikan UPM dengan kerjasama Total Success Training & Consultancy.

Sangat enjoy dengan pengisian yang dijalankn, Formula yang diketengahkan dalam kem ini ialah Formula CASIC yang dicetuskan oleh Ustaz Fazrul Ismail daripada Surah A-Fatihah.

Di sini ana ingin berkongsi serba sedikit ape yang telah ana dapat berkaitan CASIC ini sebab rasenya rugi kalo x berkongsi dengan orang lain sebab ilmu ini sangat berharga dan perlu disampaikan kepada orang lain.

C – Connect : Berdasarkan Ayat 1 Al-Fatihah

A- Acknowledgment : Berdasarkan ayat 2-4 surah al-fatihah

S- Serve : Berdasarkan ayat 5 surah al-fatihah

I- Inquire : Berdasarkan ayat 6 surah al-fatihah

C- Choice : Berdasarkan ayat 7 surah al-fatihah

hayatilah terjemahan setiap bait ayat-ayat dalam surah Al-fatihah ini….



Connect

Bagaimana kita berhubung dengan Allah dalam segala hal yang berlaku dalam hidup kita?

Untuk berhubung dengan Allah, adalah sesuatu yang sangat berharga tapi camne?

4 Energy used to connect iaitu:

1) Physical – Sentiasa membasahi bibir dengan kalimah suci dan perbanyakan zikir walau di mana kita berada, dengan cara ini dapatlah kita sentiasa mengingati Allah dan berasa dekat denganNYA.

2)Intellectual

3) Emotional

4) Spiritual – Fokus kepada Allah dan Iktibaq Rasullulah .Keyakinan kita terhadap Allah, Yakinlah bahawa Allah adalah penolong yang terbaik buat kita. Bulatkan dalam hati yang sesungguhnya segala sesuatu berlaku atas kehendak Allah dan Allah merancang yang terbaik untuk kita.

Acknowledgement

Bagaimana pengiktirafan kita terhadap sesuatu?

Pengiktirafan di sini bermaksud ilmu terhadap sesuatu perkara, kita perlulah menguasai sesuatu ilmu . Contohnya, maybe seseorang tak paham tentang sesuatu perkara then kita sebagai orang yang faham harus menerangkan kepada mereka yang kurang paham. Dan pengiktirafan terhadap ilmu untuk mengenali Allah adalah amat diutamakan..Dan kita sebagai hamba adakah kita benar2 mengenali Allah?

Serve

Bagaimana kita meminta pertolongan daripada Allah?

Sebagaimana yang kita sedia maklum Allah adalah sebaik-baik tempat pertolongan untuk kita. Tidak mengira apa pun yang kita pinta yang bersesuaian dengan syariat.. insyaallah di kabulkan.

Inquire

Dimana kita memohon petunjuk daripada Allah untuk mendapatkan jalan yang lurus. Mendorong kita ke arah kebaikan dan mencegah kita daripada kemungkaran dan kemaksiatan.

Mohonlah kepada Allah dan sesungguhnya kebergantungan kita hanyalah kepadaNYA. semata-mata.

Choice

Bagaimana kita membuat pilihan dalam hidup kita ?

kerana lumrahnya hidup ini memerlukan kita membuat pilihan yang terbaik untuk diri kita.

Allah telah mengfikrahkan kita dengan kebaikan dan kemungkaran, dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita dari semesta alam, kita haruslah bijak membuat pilihan berlandaskan syariat Islam.

Allah memberi peluang kepada manusia untuk membuat pilihan mereka sendiri. Hati yang kotor cenderung melakukan kemaksiatan manakala hati yang bersih cenderung melakukan kebaikan.

Yang manakah pilihan anda???

Dalam kontek kepemimpinan, kita sebagai khalifah di muka bumi ini haruslah meninggalkan legasi (warisan) yang baik untuk generasi akan datang…

Oleh itu, untuk membina legasi yang hebat, kita haruslah memperhebatkan dahulu diri kita dengan membina connection yang hebat dengan Allah…

Rasenya samapai di sini sahaja yang dapat ana kongsikan, tak tau nak explain camne tapi ini yang termampu.. semoga mendapat manfaat daripada post kali ini..=)

Sebelum mengakhiri penulisan kali ini, marilah sama-sama kita hayati lagu ini, SENANDUNG AL-FATIHAH…


About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on December 3, 2010, in Minda Terbuka. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: