Apa itu simpanan takaful?


Apabila saya memperkenalkan simpanan takaful, ramai orang tertanya-tanya apa itu simpanan takaful. Simpanan takaful adalah satu kaedah simpanan seperti bank-bank biasa, Tabung Haji, Asb dan sebagainya.

Cumanya, simpanan takaful menjanjikan perlindungan kewangan kepada kita disamping pemberian dividen yang berpatutan, malahan lebih baik dari bank biasa.

Apa yang dimaksudkan dengan perlindungan kewangan?

Perlindungan kewangan adalah di mana apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada anda, anda tidak perlu risau kerana pihak Takaful telah menyediakan wang pampasan kepada anda mengikut kaedah Tabarru’.

Oleh itu, kita wang simpanan anda tidak akan terjejas. Inilah kelebihan yang tidak dapat diberikan oleh simpanan-simpanan lain yang mana anda terpaksa menggunakan wang simpanan anda tersebut untuk membiayai musibah yang menimpa anda.

Apa itu tabarru’?

Satu tabung khas yang diwujudkan diantara para pencarum yang apabila sesuatu musibah terjadi kepada salah satu daripada pencarum tersebut, wang tersebut akan digunakan untuk membantu meringankan beban pencarum tersebut. Inilah indahnya kaedah simpanan wang secara islam.

Berlandaskan konsep saling tolong-menolong diatas jalan kebaikan dan taqwa (Al-maidah:2). Secara tidak langsung anda telah mempersiapkan bekalan saham untuk anda diakhirat nanti. Cuba anda bayangkan, anda bersama kawan anda membuat simpanan takaful bersama, tetiba kawan anda terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Wang anda bersama pencarum-pencarum lain akan digunakan untuk membantu keluarga kawan anda tersebut. Isterinya tidak perlu risau untuk membayar sewa rumah, loan kereta dan perbelanjaan harian anak-anak.

Ramai hari ini yang meninggal dunia tanpa meninggalkan bekalan secukupnya kepada keluarganya sedangkan mereka mampu. Lalu, si isteri terpaksa menebalkan muka memohon simpati orang ramai membantunya. Ataupun si abang/kakak terpaksa berhenti sekolah gara-gara terpaksa mencari duit bagi menampung perbelanjaan sekolah adik-adik.

Ini realiti masyarakat kita. Sekiranya masih belum berkeluarga, wang pampasan tersebut dapat diberikan kepada ibu, ayah ataupun adik-beradik. Sekurang-kurangnya dapat digunakan untuk tujuan-tujuan yang berfaedah eg. pergi haji, menampung perbelanjaan sekolah adik-adik dan sebagainya.

Mahupun pada hari ini kos rawatan yang tinggi dan semakin tinggi dari hari ke hari. Wang yang di-tabarru’-kan itulah akan digunakan bagi meringankan kos rawatan dan perubatan para pencarum.

Contohnya anda menyimpan RM 2,000 setahun. Maknanya lebih kurang RM 150 sebulan dari gaji anda yang beribu-ribu ringgit. Yang bakinya anda buat pembayaran rumah, kereta, bil-bil dan sebagainya. Dan bakinya lagi anda simpan di bank Islam.

Sekiranya anda meninggal dunia dalam masa setahun, pihak takaful akan memberi anda pampasan sehingga RM 100,000. Maknanya disini, pemergian anda ke rahmatullah itu tidak akan membebankan keluarga anda. Wang pampasan RM 100,000 tersebut boleh digunakan oleh isteri anda untuk membayar bil-bil tersebut. Dan simpanan anda yang lain tidak perlu dihabiskan.

Ramai orang tertanya-tanya macam mana boleh mendapat pampasan setinggi itu. Itu anda tidak perlu risau. Ini kerana pengaplikasian sistem muamalat islam, Tabarru’ dalam kaedah simpanan tersebut.

Kaedahnya begini:


Pada tahun pertama, 60% daripada wang simpanan anda akan disalurkan ke akaun Tabarru’ dan 40% dilaburkan. Pada tahun kedua, 50% ke akaun tabarru’ dan 50% dilaburkan. Pada tahun ke ketiga dan keempat, 30% ke akaun tabarru’. Pada tahun kelima 15% ke akaun tabarru’ dan pada tahun terakhir, hanya 10% sahaja ke akaun tabarru’. Selepas tahun keenam, 100% wang simpanan anda akan dilaburkan. Dan bermula dari sini peningkatan wang anda mula melonjak.

4 faedah yang bakal anda peroleh apabila anda menyimpan dengan takaful (contoh adalah berdasarkan simpanan sebanyak RM 2000 setahun):


1- Faedah apabila anda meninggal dunia

– Keluarga anda akan mendapat pampasan sebanyak RM 100,000 + wang simpanan anda.

2- Faedah apabila anda disahkan OKU

– Anda dan keluarga anda akan mendapat pampasan sebanyak RM 100,000 + wang simpanan anda.

3- Faedah apabila anda perlukan kos perubatan yang tinggi.

– Pampasan akan diberikan berdasarkan kos perubatan tersebut. Berdasarkan terma dan syarat.

4- Faedah sekiranya tiada apa-apa berlaku kepada anda.

– Anda boleh menggunakan wang simpanan anda seperti biasa.


Lagi kelebihan simpanan takaful:

Bank Islam Tabung Haji ASB Takaful
Simpanan tahunan RM 2000 RM 2000 RM 2000 RM 2000
Sekiranya meninggal RM 2000 RM 2000 RM 2000 RM 100,000 + RM 800
Sekiranya menjadi OKU RM 2000 RM 2000 RM 2000 RM 100,000 + RM 800
Sekiranya menghadapi penyakit kritikal RM 2000 RM 2000 RM 2000 Kos perubatan ditanggung + simpanan
Lepas 15 tahun RM 30,000 + dividen RM 30,000 + dividen RM 30,000 + dividen RM 30,000 + dividen

Tetapi dalam perancangan kita untuk menyimpan selama 15 tahun, pelbagai perkara boleh terjadi. Anda yang membuat pilihan. Baik buruk terletak ditangan anda. Ini sekadar perkongsian bagi melaksanakan tanggungjawab “menyampaikan” kepada sesiapa yang masih belum jelas.

p/s : Huraian di atas adalah berdasarkan konsep yang dibawa oleh MAA TAKAFUL.

Sebarang kemusykilan sila hubungi:

Tel: 013-7394156 (Hidayah)

Email: hid_nailofar@yahoo.com

About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on January 20, 2011, in Perihal Islam. Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. macam bagus je simpanan ni…

  2. smga trus berjaya
    niatkn krn ALlah
    insyaAllah dpt pahala

  3. assalam.saya dah ade asb loan maybank tapi saya mcm nak tukar kepada simpanan takaful sebab lebih banyak kebaikannya.tpi mcm mana sy nk tukar ya?tempoh loan tersebut belum capai tahap matang..apa yg perlu sy buat ya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: