Sabar Itu Indah~~


40 Mahasiswa Pro-M disingkir kolej kediaman UPM walaupun layak

KUALA LUMPUR: Lebih 40 mahasiswa, termasuk dua pemimpin Pro Mahasiswa (Pro-M) disingkir dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) walaupun memenuhi merit minimum, kata jururcakap Pro-M, Siti Zulaikha Rusmadi.

Siti Zulaikha berkata, dua pimpinan Pro-M itu termasuklah Zuhairah Hayati Hared yang mempunyai 142 merit dan Noor Hidayah Abdul Rahman 93 merit dengan syarat minimum menduduki kolej kediaman di UPM hanyalah 60 mata merit minimum.

“Seorang pemimpin mahasiswa yang enggan namanya diketahui mendakwa pengetua kolej, Rosna Abdul Raman merupakan dalang tindakan tidak berperundangan itu.

“Rosna sejak seminggu lalu menghilangkan diri ketika diminta menjelaskan motif penyahsenaraian mahasiswa dari menghuni di kolej tersebut,” katanya dalam kenyataan media.

Zuhairah adalah bekas Timbalan Presiden II Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) manakala Noor Hidayah ialah Exco Pembangunan Siasah dan Integrasi, Kolej Kedua UPM.

Siti Zulaikha menyelar tindakan berat sebelah Rosna yang membenarkan pelajar Pro Aspirasi, Yohana Masrol menetap di kolej itu walaupun hanya mendapat 52 merit.

Pro-M dlihat memiliki pandangan yang agak kritikal terhadap kerajaan Malaysia manakala Pro-Aspirasi dilihat cenderung dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Rosna adalah pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan boleh dihubungi melalui 03-894 673 57.

“Kolej tersebut boleh menampung melebihi 350 penghuni, namun sehingga kini khabarnya masih banyak tempat dikosongkan,” kata Siti Zulaikha lagi.

Sumber:  http://www.keadilandaily.com/?p=12041

______________________________________________________________________________________________ 

Lebih 40 siswa disingkir dari kolej kediaman, dakwa UPM dendam pilihan raya kampus

dikemaskini 3.26 petang Berita Kampus | Lebih 40 mahasiswa, termasuk 9 pemimpin Pro Mahasiswa (ProM) malam tadi disingkirkan dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) tanpa sebab yang munasabah walaupun masing-masing memenuhi merit minimum iaitu 60 mata untuk menghuni di kolej terebut.

Antara pemimpin ProM yang disingkirkan, Zuhairah Hayati binti Hared walaupun mempunyai 142 merit. Beliau kini merupakan Timbalan Presiden II Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM) Kolej Kediaman Kedua.(bukan anggota Majlis Perwakilan Pelajar – MPP)

Seorang lagi pemimpin ProM yang disingkirkan, Norhidayah binti Abdul Rahman walaupun mempunyai 92 merit. (bukan lebih 100 merit). Beliau merupakan Exco Pembangunan Siasah dan Intergrasi Majlis Tertinggi Mahasiswa -MTM – Kolej Kediaman Kedua. (bukan anggota MPP UPM)

Seorang pemimpin mahasiswa yang enggan namanya diketahui turut mendakwa pengetua di kolej tersebut, Puan Rosna bin Abdul Rahman merupakan dalang di sebalik tindakan tidak berperundangan tersebut.

Katanya lagi, Rosna sejak seminggu yang lalu secara tidak bertanggungjawab sanggup menghilangkan diri ketika diminta menjelaskan motif penyahsenaraian mahasiswa terbabit dari menghuni di kolej tersebut.

Dalam perkembangan yang sama, Rosna turut dipertikai kerana menawarkan kediaman dalam universiti kepada seorang pemimpin Pro Aspirasi, Yohana Masrol walaupun siswi tersebut hanya mempunyai 52 merit. Yohana juga menganggotai MPP sesi 2011/2012.

Rosna merupakan penyarah di Fakulti Perubahan dan Sains Kesihatan, UPM yang boleh dihubungi melalui telefon pejabat 03 894 673 57.

Kolej tersebut boleh menampung maksimum 350 penghuni, namun sehingga kini khabarnya masih banyak tempat dikosongkan.

Informasi lanjut boleh terus menghubungi jurucakap ProM UPM, Siti Zulaikha binti Rusmadi, 013 601 2062

Seorang informer Nota Merah yang dihubungi kemudian memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa aksi penyingkiran terbaru ini disebabkan politik dendam pentadbiran Universiti ke atas ProM pada pilihan raya kampus beberapa bulan yang lalu.

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa kerja-kerja tidak berperundangan tersebut didalangi oleh fraksi-fraksi Umno kampus. -END

Sumber: http://notamerah.wordpress.com

About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on April 25, 2011, in Minda Terbuka and tagged , , , . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. macam ni pon ada punya org ka

    hadis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: