Wahai Ibu dan Ayah…


Assalamualaikum..

Walaupun sekarang ni sambutan hari ibu..tetapi kali ini ingin ku titipkan kalam ini buat ibu dan ayah…

Betapa mulianya dua insan yang bernama ibu bapa. Merekalah yang Allah takdirkan menjadi sebab-musabab lahirnya kita ke alam fana ini… Hasil kejayaan yang kita kecapi hari ini juga kerana jerih-perih, jasa dan pengorbanan mereka. Kerana mulia dan agungnya kedudukan ibu dan bapa di dalam agama, maka Allah mewajibkan kita berlaku ihsan kepada mereka berdua.

Firman Allah s.w.t.:Dan sembahlah Allah, jangan kamu sekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik. (An-Nisa: 36)

Kemudian tegas Allah Taala di dalam al-Quran lagi:

Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan), bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya (sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik. (Al-Israk: 23).

Kemudian tegas Allah di dalam al-Quran lagi: Dan Tuhanmu telah memutuskan (memerintahkan), bahawa janganlah kamu menyembah melainkan kepada-Nya (sahaja). Dan dengan kedua orang tua (kamu) hendaklah berbuat baik. (Al-Israk: 23)

Para mufassirin (para pentafsir al-Quran) menjelaskan, bahawa maksud: berbuat baik kepada ibu bapa itu antaranya:

1. Kita dituntut berusaha mencari keredhaan dan menggembirakan hati keduanya. Agama mengajarkan kita bahawa tanpa keredhaan ibu dan bapa, maka Allah juga akan menafikan keredhaan-Nya. Murka dan marah keduanya, maka berlakulah murka Allah terhadap diri seseorang anak itu.

2. Kita juga sentiasa diingatkan agar tidak sekali-kali lupa untuk berbakti dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya terhadap kedua ibu bapa sama ada semasa mereka masih hidup ataupun selepas mati. Limpahan jasa baik mereka amat wajar dan wajib dibalas baik. Bukannya dibalas tuba!

3. Kita diwajibkan untuk mentaati perintah keduanya (selagi tidak menderhakai Allah), menunaikan hak mereka dengan hati yang ikhlas dan tidak menyakiti hati keduanya.

Firman Allah: Tidaklah balasan perbuatan baik itu melainkan kebaikan pula (balasannya). (Ar-Rahman: 60)

About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on May 9, 2011, in Luahan Hati and tagged , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: