Ramadhan : Al-Quran Ke Arah Ketamadunan Sejagat


Assalammualaikum kepada semua umat Islam,

Selamat menyambut Ramadhan Al mubarak, semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang terbaik dan semoga kita kembali kepada fitrah sebagai seoarng Muslim…

Menelusuri kronologi agung penurunan al-Quran sebagai rahmat untuk alam ini. Al-Quran telah diturunkan di dalam sebuah bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan. Bulan yang disyariatkan puasa seperti mana kaum-kaum yang terdahulu. Kalamullah yang Qadim ini begitu bermakna bagi umat Islam yang menilai dengan keimanan dan keikhlasan bertunjangkan aqidah yang suci.

Di celah-celah inilah, ulama’ yang membawa panji-panji Islam mengkaji dan meneliti isi kandungan al-Quran dari pelbagai aspek makna, bahasa dan dari pelbagai bidang seperti ekonomi, sosial, politik, sains, astronomi dan sebagainya. Hasil dari inilah umat Islam semakin maju berbanding umat-umat yang lain. Peluasan kuasa di bawah satu khalifah di samping para duat yang berdagang di serata dunia menjadikan Islam mula diterima oleh masyarakat. Isi kandungan al-Quran yang tidak pernah bercanggah, malahan sentiasa berkait antara satu sama lain menghasilkan kajian ilmiah yang membanggakan . Firman Allah SWT dalam surah Yasin ayat 38:

Mafhumnya: “Dan matahari itu berada di tempat peredarannya (paksinya). Demikianlah ketetapan dari yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”

Kajian sains dan penerokaan astronomi yang terdapat di dalam al-Quran membuka lembaran baru dengan peningkatan tamadun Islam. Ulama’ mula mengarang kitab ke arah kemajuan ini berdasarkan wahyu Ilahi. Sekolah-sekolah teknologi mula ditubuhkan antaranya seperti di Masjid Sultan Hassan yang merupakan madrasah yang terawal ditubuhkan. Universiti Al-Azhar juga membuka era pengkajian ilmiah
demi kemajuan umat Islam sejagat.

Hasil kajian ini akhirnya dibawa oleh Sultan Salim 1 ke Cardova Sepanyol untuk diperluaskan. Penterjemahan kitab-kitab mula dilakukan dalam bahasa Latin dan bahasa-bahasa lain. Di kesempatan inilah orentalis barat mengambil kesempatan mencedok segala ilmu dan dibawa pulang ke negara mereka.

Di zaman pemerintahan Abbasiah inilah lahirnya ulama’ yang setanding malahan melebihi ahli Falsafah Yunani seperti Abu Yusuf Ya’kub bin Ishak bin Shabagh al-Kindi, Muhammad bin Musa al-Khawarizmi (pencipta Ilmu Algebra), Abu Nasr Muhamad Tarkhan al-Farabi (pencipta alat muzik al-Qanun yang ditiru oleh barat dengan nama piano), Abu Bakar Muhamad bin Zakariya ar-Razi (Ilmu Kedoktoran dan Kimia ) dan Abu Raihan Ahmad bin Muhammad al-Biruni (ahli Astronomi dan Kajian Bumi ) serta ramai lagi ulama’-ulama’ lain yang mengkaji berdasarkan ilmu wahyu di dalam al-Quran.

Di kesempatan Ramadhan inilah kita perlu menyedari bulan turunnya al-Quran yang membawa masyarakat ke arah ketamadunan yang tulin yang menyeru agar meningkatkan ilmu.

About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on August 4, 2011, in Perihal Islam. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: