Bagaimana KESEMPURNAAN kita untuk kesempurnaan dia?


“Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dari keduanya Allah mengembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertaqawalah kepada Allah dengan nama-Nya yang kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaa. Sesungguhnya Allah selalu menjaga  dan mengawasimu.”


(an-Nisa : 1)

“Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu untuk bernikah, maka hendaklah dia bernikah, kerana sesungguhnya menikah itu dapat (lebih)memejamkan pandangan, dan menjaga kemaluanSesiapa yamg belum mampu bernikah, maka hendaklah dia berpuasa, kerana berpuasa adalah pencegah daripada nafsu syahwat”

 (hadits riwayat Bukhari dan Muslim)

Mutakhir ini aku melihat seolah-olah telah berlaku sebuah revolusi yang baru di kalangan anak muda khususnya dalam kalangan warga IPT untuk merobah satu anjakan paradigm untuk berkahwin muda  walaupun banyak lagi revolusi anak muda yang berlaku pada hari ini.

Tidak dapat tidak kita nafikan bahawa setiap manusia punyai niat mahu pun keinginan untuk berkongsi hidup bersama dengan pasangan pilihan mereka. Itulah nikmat kurniaan Allah swt kepada hamba dan makhluk ciptaanNya, sama ada alam sekeliling mahu pun hewan.

 “Dan bukankah Kami(Allah) ciptakan kamu berpasang-pasangan?”

(An-Naba’:8)

Namun apakah dengan berkahwin muda ini atau lebih dikenali dengan istilah yang lebih islamic ini dengan Nikah Khitbah dapat menyelasaikan keserabutan dan kemobrokan akhlak dalam masyarakat pada hari ini?

Saban hari kita dipaparkan dengan pelbagai statistic yang kadang kala begitu memeranjatkan kita. Terkini daripada statisktik yang dicatatkan oleh MALAYSIA tanah tumpah darahku, statistic menunjukkan setiap 4 jam berlakunya keh penceraian dalam perkahwinan, setiap 3 minit pula lahirnya anak zina, setiap 15 minit pula berlakunya masalah perkosa. Ini adalah dalam bentuk MINIT. Bukan harian atau pun bulanan atau Tahunana

Dalam paparan Wall Facebook yang hampir mustahil setiap di antara kita memilinya, mungkin ada yang tidak memikinya namun terlalu sedikit jumlahnya, “post” tentang perkahwinan begitu “hot” dan menjadi antara “most hot n hit topics” setiap hari.

Di sini aku hamparkan sedikit pandagan yang berbeda daripada kebanyakan yang lain, bukan untuk meaih simpati apatah lagi mencari popularity tapi sekadar untuk kita bersama renungi.

Jangan terlalu mengharap kepada pasangan untuk menjadi merubah masa depan kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Ramai yang memanifistasikan pernikahan sebagai antara salah satu turning point terbesar dalam kehidupan untuk menulusuri kehidupan mendatang. Jangan terlalu berharap kepada kesempurnaan pasangan untuk diri sendiri, tapi persiap siagakanlah kesempurnaaan diri untuk kesempurnaan hidup berpasangan.

Jika sudah terpasak niat untuk melayari bahtera kehidupan dengan pasangan.

Bagaimanakah dengan persiapan diri sendri?

Bagaiamanakah kita menjaga hubungan dengan sang Pencipta kita dalam mendirikan asas kehidupan sebagai seorang muslim antaranya dalam mendirikan 5 tiang agama kehidupan kita (solat)?

Adakah kita selama ini sudah tepati masa dan menjaga solat kita dengan sebaiknya sebelum kita hendak menjaga solat pasangan hidup kita?

Adakah selama ini tanggungjawab kita sebagai seorang anak kepada orang tua sudah terlunas segalanya sebelum kita sedia menggalas taggungjawab sebagai seorang anak kepada orang tua pasangan kita walaupun tugas ini adalah lebih besar dan berat bagi lelaki?

Adakah kita sudah mampu untuk mengawal selia dan mengurus tadbir harta dan urusan kita sebaik mungkin sebelum kita bersedia untuk mengawal selia dan mengurus tadbir urusan dan harta pasangan kita?

Adakah sudah cukup kuat pegangan AGAMA asas khusunya dalam perkara asas AGAMA yang berkait rapat dengan Aqidah, rukun ISLAM, rukun IMAN dan perkara lainnya pada diri kita sudah cukup utuh sebelum kita ingin menjadi tonggak rujukan kepada pasangan kita?

Jika kita persoalkan 1001 persoalan seperti ini, belum tentu 1 jawapan yang kukuh dapat diberikan (peringatan untuk diri sendiri sangat-sangat khususnya)

Ingatlah wahai sahabatku, benar PERNIKAHAN itu menjanjikan kenikmatan dan kebahagiaan dalam melari bahtera kehidupan berpasangan, namun disebalik usainya aqad nikah dan lafaz janji perkahwinan itu secara tersurat dan tersiranya tersembunyi 1001 tanggungjawab dan tugas yang lebih besar menanti. Namun adakah kita semua tersedar dan membuat persiapan sebaiknya tentang hal keadaan ini?

Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga itu, semoga PERKAHWINAN itu menjadi satu titik turning point menuju kematangan dalam hidup dan puncak kebahagiaan dalam kehidupan sama ada kehidupan yang sementara ini mahu pun kehidupan yang kekal abadi.

 

Bagi yang masih belum memiliki pasangan hidup, pertimbangkanlah dengan kewarasan dan kecerdikan akal ini dalam menilai sesebuah keputusan yang besar dalam menempuh kehidupan mendatang.

SESIAPA YANG TIDAK MELALUINYA TIDAK AKAN MERASAINYA

Sebagai peringtan dan renungan bersama..

Tepuk dada, tanya IMAN, soal PERSEDIAAN , moga semuanya dalam limpahan nikmat kurniaanNYA dan meraih keredhaan-NYA dalam segala aspek kehidupan :)

credit to : http://madahannan.wordpress.com

 

About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on April 9, 2012, in Minda Terbuka. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: