Terletaknya JIWA di dalam RAGA…


Alhamdullilah…Dengan nikmat Islam & Iman kita masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar untuk meneruskan perjuangan2 ke jalan kebenaran…

Apa pun yang kita usahakan ,bulatkan niat itu kerana Allah semata-mata & untuk mendapatkan keredhaan-NYA…

Niat di hati ingin mencoretkan serba sedikit ilmu untuk perkongsian bersama.Pernahkah kita terfikir mengapakah sesebuah negara yang begitu gah & hebat dalam pelbagai bidang tetapi sebaliknya mundur & ketinggalan dari aspek kemanusiaan.? Sama2lah kita berfikir sejenak…dn adakah kemajuan sesuatu negara hanya bergantung kpd fizikal shj..? tanpa memberi perhatian dr aspek emotion & spiritual qoutient(ESQ). Sedarlah sekiranya aspek ini diabaikan maka tiada dan akan berakhirlah penghidupan dalam erti kata sebenar.Bayangkanlah tiada keharmonian,kasih sayang antara insan dan sering bertelagah antara satu sama lain.

Lihatlah bagaimana situasi sebenar cara hidup di negara-negara Barat yang pesat membangun dan hebat daripada pelbagai aspek tetapi amatlah mundur dari aspek kemanusiaan. Berlakunya pembunuhan secara terbuka di mana-mana,gangguan seksual dan mental jarang sekali dapat dielakkan .Perompak dengan selesa menjalankan rutin hariannya bahkan tanpa ada sekelumit rasa takut dan gentar dalam hati mereka.Jalinan sosial antara masyarakat telah hilang nilai dan etikanya.Kelahiran anak-anak yang tiada dosa hasil daripada hubungan yang tidak mempunyai taraf yang sah.Perkahwinan bukan lagi memjadi syarat utama tetapi nafsu dan keinginan yang menguasai diri.Sebenarnya fenomena ini bukan sahaja berlaku di negara -negara barat bahkan negara kita sendiri.

Adakah anda memahami apakah yang dimaksudkan dengan ‘My Soul Body’ ?????

Keterangan yang ringkas mengenai konsep My Soul Body…

Konsep ini sebenarnya lebih menfokuskan kepada pembangunan diri,sahsiah dan rohani dalam diri seseorang.Menerangkan tentang pengawalan diri seseorang itu bukan hanya berpandukan pemikiran akal dan logik semata-mata.Terdapat banyak penyataan yang menyatakan bahawa segala perbuatan,percakapan,dan pemikiran kita dikoordinasikan oleh minda semata-mata. Tetapi sebenarnya kita telah membuat satu kesimpulan yang salah.

Imam Al-Ghazali dalam penulisannya menyatakan ;

Manusia sebenarnya dikawal penuh oleh seketul daging yang kemerah-merahan yang kita kenali sebagai jantung (heart).Tetapi masyarakat sering menyalahgunakan istilah (heart)yang sebenar.Pengertian Heart ialah jantung bukannya hati.Maka jantung ini telah ditiupkan roh ke dalamnya agar ia boleh berfungsi bukan sekadar untuk mengepam darah keseluruh badan tetapi juga untuk berperanan sebagai ‘leader’ dalam diri manusia secara ilusinya atau rohaninya.Ini kerana manusia sebenarnya mempunyai aspek lahiriah dan batinniah.Peranan jantung yang ingin ana tekan di sini bukanlah lahiriah tetapi secra batinniah.

ANALOGINYA…Konsep MY SOUL BODY..

Ibaratnya,jantung ini merupakan jeneral dalam sesebuah negara manakala otak/minda hanyalah perdana menteri yang menjalankan segala arahan yang diberikan oleh jeneral itu tdi..dan organ2 yang lain bertindak sebagai askar2 dan rakyat yang menurut segala kehendak jeneral tidak kira perkara itu baik atau buruk .Sekiranya  perkara itu baik maka seluruh rakyat n negara tersebut akan mendapat nikmat ganjaran akan tetapi jika perkara itu buruk maka rakyat dan negaranya jugalah yang akan binasa…..Jadi di sini saya ingin menyeru kpd semua , marilah bersama-sama kita melahirkan seorang  jeneral yang hebat dari pelbagai aspek kehidupan tanpa melanggari syariat yang telah ditetapkan..

Ini bermakna jiwa yang luhur dan suci akn menggerakkan seluruh pancaindera ke arah kebaikan dan terzahirlah segala kecantikan dan keindahan yang dimiliki dalam diri kita..

Saya ingin menekan sekali lagi apa yang telah dinyatakan oleh Iman Al-Ghazali, iaitu manusia dikawal sepenuhnya oleh jantung dari pelbagai aspek contohnya pemikiran.

Jadi ape yg ingin sy seru kepada diri dan sahabat2 ,,, marilah sama2 kita berusaha menyucikan serta menyuburkan hati-hati kita dengan kebaikan dan tauladan. Suburkanlah jiwa kita dengan ilmu yang bermanfaat dan tarbiah jiwa kita dengan segala kebaikan dan jauhi kejahatan…

harapan sya semoga  mesej yg cube sya smpaikan ini dpt di pahami dn di ambil pengajaran…..

WASSALAM…

About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on April 10, 2012, in Luahan Hati. Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. ..segalanya bermula dari hati…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: