Sempoi entry : Opss…Aku baru@sudah 21 tahun 5 bulan 15 hari…(^_^)


Bismillahirrahmanirrahim….

Luasnya rahmat Allah yang melimpahi hidupku selama ini, tapi terkadang aku lupa atas nikmat yang Allah kurniakan kepada diri ini..dushhh…manusia memang mudah lupa atas kebaikan yang telah dilimpahkan kepadanya…kerana asyik sibuk memikirkan kesusahan sedikit yang Allah beri untuk menguji iman kita…Astagfirrullahalazim…Banyakkan istigfar Hidayah…

Sepatutnya dalam usia begini, seharusnya aku memikirkan apa yang aku dah sumbangkan kepada islam,  mak , abah , adik2 , akak2, abang2 , sahabat2… dan sebagainya. Dalam usia yang masih muda ini aku sepatutnya merancang apa yang perlu aku lakukan pada masa akan datang dengan sebaiknya..dan tidak boleh terburu-buru..(ingat itu Hidayah). Abiskan belajar dulu, lepas dah grad ini, kenalah cari kerjaya yang sesuai untuk survive.. Hidup zaman sekarang ni bukan mudah, banyak persaingan di luar sana. Kalau tak kuat and tak determine..memang susahlah nak stay strong…

Kebiasaannya orang kalau nak grad ni , mesti fikir pasal jodoh, pastu dah mula gelabah, then mulalah nak cari calon kononnya… last2 jangan ‘tangkap muat’ sudah lah…(Oh, tidak aku tak nak camtu) .Lepas tu tak perlulah nak fikir sampai tertekan sana dan sini … Relax la Hidayah…[ You should stay cool].. (^_^).. muda lagi, banyak perkara yang boleh dilakukan lepas grad ni.. Laksanakan apa yang dah dirancang dulu… Nak tolong mak , abah, adik2… akak2 n abang2 xpayah la…hehe…

Financial kenalah mantap dulu, kalau dah boleh beli aset lagi bagus such as kereta idaman, rumah, tanah (paling penting kot) . Lepas tu jangan buat tak tau nak sumbang2 kan kepada j (untuk islam)…sebagai penyuci harta yang ada…Lepas Financial dah stabil..What next to do??? Kahwin…hmm..macam payah je benda ni, huhu… Maybe tunggu jela rasanya, Allah kan dah tetapkan jodoh untuk aku..Then I should just wait,rite?  Haa… bukan aku tak nak berusaha, tapi dah berusaha yang semampunya… Tapi nak cakapnya, jodoh ni kan, kalo bukan sampai masanya, kita carilah, sesungguh mana pon..99% tak melekat jodoh tu kat kita kalo belum masanya…

Kalo sebelum ni aku, dah banyak me’reject’ orang, tapi kalo aku pula di’reject’ sekarang…camne ye??? Sesungguhnya Allah itu Maha Adil…So, kenalah bersyukur kalo aku pon direject…=) … Besar hikmah nya ni…Subhanallah…Apa salahnya beri laluan kepada akak2 dan abang2 bina masjid dulu..hehe…And one more thing, sebenarnya  aku nak Hari Bahagia aku nati adalah yang terbaik..seperti  yang digariskan oleh Dr.Yusuf Al-Qaradawi mengenai perkahwinan yang sempurna…Jadi usah terburu2…=)

Yang penting sekarang , I need to focus on the thing that should be focus on now….

Finally , Bila baru@sudah berumur 21 tahun 5 bulan 15 hari ini, aku sepatutnya fikir perkara keburukan yang aku dah buat selama ini untuk diperbaiki… tidak perlulah fikir sangat kebaikan yang aku buat, sebab semua tu Allah yang menilai… Perbaiki dan pertingkatkan lah diri, Itu yang terbaik buat masa ini..

Bila tetiba jari merasa untuk menulis, lantas ini lah hasilnya..(^_^)

-Stay Tuned On the Right Track-

Wallahualam…

[ Entry ini tiada kaitan dengan yang hidup (orang lain) ataupun yang telah meninggal dunia, kerana entry ini adalah diri aku semata-mata…] 

Sincerely,

~ Pengembara Di JalanMU~

About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on April 30, 2012, in Motivasi. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: