Agar Cinta Itu Terus Ke Syurga…


-بسم الله الرحمن الرحيم-

 

Awalan Cerita Itu

Muhammad Faris Nasir

Muhammad Faris Nasir

Hidayah

Noor Hidayah Abd Rahman

Tiada ungkapan yang terbaik selain lafaz syukur ke hadrat Ilahi atas ikatan suci yang terbina ini. Semuanya bagaikan terlalu pantas, namun inilah takdir cinta aturan Yang Kuasa. Termetrai ikatan ini dengan sekali lafaz yang menghapuskan segala pemisahan antara Aku dan Dia… Haram menjadi Halal… Semuanya bak indah belaka… namun harus diingat hidup ini bagai roda yang berputar… Bermulanya sebuah ceritera cinta yang halal bagi kamiAlhamdulillah… 

 

Ku syukuri atas nikmat ini, kerana ia bisa menjadi batu loncatan kepadaku menuju syurga indah. Seandainya aku laksanakan apa yang sepatutnya sebagai isteri yang solehah…itu janjiku atas diriku…Maha Suci Allah yang mengetahui tiap2 perkara dalam hati manusia… Maka begitu juga, Dia Maha Mengetahui rasa cintaku terhadap zaujku tanpa melebihi cinta hakiki ku… Moga cinta antara kami subur dengan rahmat dan redha Ilahi…

Temetrainya sebuah janji..

Temetrainya sebuah janji..

Hadiah seutas gelang emas daripada zauj tercinta...

Hadiah seutas gelang emas daripada zauj tercinta…

Bahtera Rumah Tangga

DSC_0087

Adat alam rumah tangga, seperti air laut ada pasang dan surutnya. Inilah menuntut kesabaran dan toleransi antara suami dan isteri, aku dan dia. Kematangan dalam menguruskan konflik sangat penting bagi mengelakkan sebarang kekeruhan dan suasana dingin… Ya Allah, bimbinglah kami menempuh alam baru ini, moga tidak tersasar dalam kawalan nafsu dan bisikan syaitan durjana. Matang dan bersedia mental dan spiritual utamanya

Proses taaruf suami dan isteri berterusan biarpun sudah bertahun2 berkahwin, biarpun sudah berpuluh tahun sebumbung, sebilik dan sebantal. Betapa indahnya perkenalan itu andai ia membuatkan kita suami isteri bertambah cinta, sayang dek kerana saling melengkapi. Begitulah resamnya suami dan isteri hasil perancangan hebat Ilahi, berasa tenang dan tenteram jika bersama. Semoga dialah peneman Awalan dan Akhiran ku…Muhammad Faris bin Nasir, suamiku. Moga kita saling mengingati dan saling bertolak ansur agar rumah tangga sentiasa rukun dan damai.

 

DSC_0183

majlis umah b

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri, supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]: 21)

Aku mencintainya kerana Allah, Maka itu aku juga ingin bersama-samanya ke jalan Syurga…

Kasihku Amanahku

 

Ya, ini hanya sebuah lirik lagu, tapi andai bait-bait liriknya difahami dan diteliti banyak butir-butir mutiara yang berguna untuk panduan sebagai suami dan isteri.

Ayuh….

Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia 
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah 
Untuk bersama belayar ke muara 

Pernikahan, menginsafkan kita 
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha 
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi

C/o 
Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu 
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri 

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu 
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun 
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya
by: In-Team


Sesungguhnya, fasa perkahwinan dan alam rumah tangga merupakan medan yang luas untuk menimba seberapa banyak ilmu Allah yang Maha Luas. Lahirnya manusia yang hebat juga terhasil daripada manusia yang hebat.

Ayuh! Jadilah suami dan isteri yang hebat! Jadilah Ibu dan Bapa yang hebat! Kelak akan terlahirnya Insan yang Hebat! Yang mampu menyumbang untuk Agama Allah! InsyaAllahu Ta’ala…. 

Till Jannah... <3

Till Jannah…❤

Wassalam.

p/s: “Warming up” post setelah kian lama tak update. =)

About musafirjalanan16

I'm proud to be muslim..how i discover this world is through the way of Islam... I changeable person depend on the situation... cz 4 my self i need to adapt wth the unexpected situation... So, let us know each other 4 a great Ukhwah Fillah.... Sebagai seorang muslim, peranan dakwah itu tertanggung atas bahu tiap2 dari mereka... Sesungguhnya, peliharalah peribadi dan keterampilan kita sebagai seorang muslim yang sejati... Bukanlah sekadar Islam atas dasar nama semata-mata, yang pada hakikatnya kita tidak mengenal apakah ISLAM yang sebenar... Renunglah sejenak ke lubuk hati yang paling dalam....adakah kita benar2 SAYANG DAN CINTA dengan sebenar-benarnya akan ISLAM. BANGKITLAH WAHAI SAUDARA!!!!! Sesungguhnya pengembaraan kita masih terlalu jauh, jangan kita berputus asa, sedangkan Allah tidak pernah berputus asa dengan kita...

Posted on September 20, 2014, in Luahan Hati and tagged . Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. hehe aktif lg menulis :p

  2. semoga menjadi inspirasi buat yang lain untuk mendirikan rumah tangga apabila membaca blog sayang ni. insyaAllah untill jannah. Aminn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: